Friday 19 August 2011
Insomnia...
insomnia?.....
apa sebenarnye insomia nie?
pada yang x pernah dengar atau baru first time dengar insomnia ialah ketakupayaan bertidur atau ketidakupayaan bertidur selama tempoh yang munasabah atau lebih senang dikenali penyakit susah tido malam..
JENIS- JENIS INSOMNIA
ada 3 jenis insomnia iaitu:
- Insomnia Fana berlaku antara satu malam hingga beberapa minggu. Kebanyakan orang kekadang menghidap insomnia fana, akibat jet lag atau kebimbangan jangka pendek. Jika bentuk insomnia ini berlaku dari semasa ke semasa, insomnia ini dikelaskan sebagai "insomnia sela".
- Insomnia Akut ialah ketakupayaan untuk bertidur dengan lena secara tekal selama tempoh antara tiga minggu hingga enam bulan.
- Insomnia Kronik dianggap sebagai jenis insomnia yang paling seirus; ia berlaku hampir setiap bulan selama sekurang-kurangnya sebulan.
SEBAB- SEBAB TERJADINYA INSOMNIA?
actually apa yg menyebabkan insomnia nie happen ekh?
cause insomnia terjadi:
- ketakutan
- tekanan
- kebimbangan
- ubat
- herba
- kafeina
- kemurungan
- kekadangnya tanpa sebarang sebab yang ketara
- Minda yang terlalu aktif serta sakit fizikal juga boleh mengakibatkannya
CARA ATASI:
cara mengatasinya:
- Meditate selama 15 minit atau lebih sebelum tidur.
- tidur apabila rase mengantok
- aturkan waktu makan
- kurangkan berfikir sebelum tido...cube mendengar audio atau sebaiknye mendengar zikirullah untuk mengelakkan diri berfikir
- memperbanyakkan minum aer masak
- massage badan 1 2 kali sminggu
- exercise teratur
- kurangkan pengambilan kafein, coklat dan bahan2 yg boleh menahan rase mengantok
so 2 la sebab musabab aku dan insomnia...now dah tau dah cara nak mengatasinya...almaklum la cuti 4 bulan nie cuti yang terlalu panjang tok aku...so setiap malam terpakse pikir ape bende yang nak dilakukan esok..hahahah almaklum la penganggur yang bergaya..ops!berjaya yer...so 2 la yang menyebabkan aku susah sgt nak terlelap...